Mystar-A dan Mystar-B : Adakah anda ingin Pendidikan anak-anak anda Cemerlang?
By admin. Filed in Uncategorized |
Mystar-A dan Mystar-B Adalah Jawapan Kepada Soalan Di Atas
Semua ibu-bapa yang mengimpikan anak-anak berjaya dalam hidupnya pasti inginkan anak-anaknya juga cemerlang di dalam pelajaran mereka
Portal Mystar-A dan Portal Mystar-B, Apakah Yang
Dimaksudkan Dengan Istilah Tersebut?
Portal Mystar-A dan Mystar-B ialah ialah satu sistem pembelajaran atau pendidikan online yang menggabungkan pendidikan dengan Teknologi ICT. Dalam ertikata lain ia juga adalah e-pendidikan. Oleh itu para pelajar dan ibu bapa boleh membuka atau mengakses website kami dengan menggunakan internet.
Bagaimana boleh menggunakan Portal Mystar-a
Jika tiada internet di rumah anda?
Pihak Mystar-A telah menyediakan pusat-pusat akses Mystar-A dan kini sedang menambah lagi pust-pusat tersebut di seluruh negara. Selain itu portal e-pendidikan ini boleh juga diakses di mana-mana tempat yang mempunyai akses internet .
Adakah Anda Ragu-ragu Tentang Harga Perkhidmatan
E- Pendidikan Mystar-A Ini?
Pihak kami menyediakan khidmat pembelajaran yang tidak mahal iaitu RM60 sebulan bagi semua anak di dalam kelurga anda. Bayangkan, RM60 untuk semua anak-anak anda. Kemudian bandingkan dengan harga tuisyen bagi seorang anak iaitu RM40 bagi satu subjek, itu jika satu subjek. Bagaimana pula kalau anda ada 3 orang anak, yang setiap seorang mengambil peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.
Kemudian gandakan dengan subjek pelajaran yang perlu diambil? Nah, di sini anda akan dapat bandingkan betapa sangat berpatutan harga dan perkhidmatan yang pihak kami tawarkan untukk pendidikan anak anda.
RM60 sebulan Untuk Semua Pendidikan Anak-anak
Anda, dan Kini Portal Mystar-B (3-6 tahun)
Juga Dengan harga Yang Sama Untuk Semua Anak-anak Anda!
Yuran Pendaftaran ialah RM100 sekali seumur hidup
dan tiada pembaharuan pendaftaran diperlukan.
Apabila mendaftar anda perlu membayar 4 bulan
sekaligus tetapi anda hanya bayar RM200 sahaja.
Menjadikan bayaran Pendaftaran RM300 sahaja!
Anda jimat RM40!! bagi 4 bulan pertama!
Bulan yang kelima anda hanya perlu bayar RM60 sahaja
dan begitu juga bulan-bulan yang seterusnya .
Pendaftaran RM300.00 ini juga melayakkan anda menjadi ahli atau Agen
bagi Pelan Gangsa(Bronze) di mana anda boleh menjadi Wakil Pengedar kami.
Rebutlah peluang ini kerana bidang pendidikan adalah bidang yang sentiasa
berkembang dan tiada had masanya. Pendidikan juga adalah keperluan
asas bagi setiap keluarga.
Jika anda mempunyai saudara-mara atau rakan-rakan yang berkeluarga dan mempunyai anak pastinyaanda boleh menjemput agar sama-sama mendapat faedah daripada sistem pendidikan online kami.
Anda juga mendapat faedahnya apabila mereka menyertai program ini anda mendapat bayaran daripada kami!
Ciri-ciri dan Modul Pembelajaran yang Terdapat
Di Dalam Portal Pendidikan Online Kami
My Nota
Koleksi nota-nota ringkas dan padat dan disediakan mengikut sukatan pelajaran kementerian Pendidikan melalui 2 kaedah secara teks dan multimedia
My Topik
Bahagian ini mengandungi soalan-soalan yang disediakan berdasarkan subtopik dan setiap topik mempunyai 15 soalan. Sistem online seterusnya akan menyemak jawapan yang dijawab oleh pelajar-pelajar dengan serta-merta secara interaktif. Dengan cara ini ia dapat menarik minat pelajar untuk sentiasa mengulangkaji pelajaran mereka.
MyLatih Tubi
Modul ini mengandungi 4 soalan di mana setiap set soalan yang dijawab oleh pelajar mestilah mencapai markah 80% ke atas bagi membolehkan anak anda menjawab set soalan yang seterusnya. Pelajar atau anak anda yang berjaya mencapai markah 80% dan ke atas pada set yang terakhir akan disenaraikan di dalam MyCemerlang. MyCemerlang adalah satu sistem yang membuat analisis markah secara serta-merta.
MyPeperiksaan
10 set soalan disediakan di dalam modul ini. Soalan-soalan yang perlu dijawab oleh anak anda disediakan atau ditulis oleh guru-guru pakar. Soalan-soalan ini direkacipta mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran .
Di dalam modul ini juga pelajar perlu menjawab soalan-soalan di dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh sistem. Contohnya pelajar perlu menjawab dalam tempoh 1 setengah jam. Apabila waktu telah genap 1 setengah jam, penggera akan berbunyi dan pelajar tidak lagi boleh menjawab. Markah akan diberikan serta-merta. Oleh itu modul ini melatih anak-anak anda agar menjawab dalam masa yang ditetapkan.
My Arkib Soalan
bahagian ini pula mengandungi kertas-kertas soalan yang diambil daripada peperiksaan sebenar UPSR, PMR dan SPM
My Kad Laporan
Bahagian ini atau modul ini pula dapat memaparkan keputusan peperiksaan yang telah dijawab oleh anak anda. Ianya dapat disemak melalui online dan juga dapat disemak melalui sistem pesanan ringkas (sms) melalui telefon bimbit yang anda telah daftarkan dalam sistem portal kami.
My Cemerlang
Modul ini akan memapar atau menyenaraikan pelajar yang mendapat keputusan cemerlang melalui kertas-kertas peperiksaan yang telah dijawab secara online.
My Kamus
Melalui fungsi ini anak anda boleh mencari makna perkataan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris / Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu
My Kertas 2
Modul ini pula mengandungi soalan-soalan subjektif yang perlu dijawab oleh anak anda dalam tempoh yang ditetapkan.
Tags: ibu bapa, internet, mystar, Mystar-A, Mystar-B, online, pendidikan, pendidikan anak, pendidikan online, portal




