Menguruskan masa belajar Anda
By admin. Filed in pendidikan |Pengurusan masa belajar adalah amat penting bagi mengelakkan anda belajar last minute. Nota kecil atau buku 3Lima amat sesuai dibawa bersama dan perkara-perkara penting dicatatkan ke dalamnya. Ini untuk mengelakkan diri pelajar darpada lupa perkara-perkara penting tersebut.
Bila sampai di rumah peruntukkan waktu unutk mencatatkan kembali nota-nota yang telah diambil tadi. Paling baik ialah dengan menuliskannya semula pada kertas dan kemudian ditampalkan pada dinding. letakkan di tepat yang selalu anda lihat. Isi kandungan atau kata kunci yang penting mestilah ditandakan dengan pen kuning atau ‘highliter’ atau lain-lain warna yang sesuai dan ’striking’
Semasa belajar dulu , saya sering gunakan masa yang terluang untuk membaca dan mempelajari apa yang telah ditul;is. Contohnya apabila menunggu waktu masuk ke kelas, menunggu bas, di dalam bas ,di dalam kereta dan lain-lain lagi waktu yang sesuai.
Satu lagi perkara penting ialah memastikan jadual atau kerja sekolah anda disiapkan mengikut jadual. Adakah anda sering kali gagal menyiapkan atau menghabiskan pembelajaran atau mengulangkaji terutamanya dalam masa cuti atau cuti persekolahan?Biasanya ini berlaku apabila ada rakan-rakan atau saudara-mara yang mengajak anda pergi keluar rumah, tak kiralah sama ada untuk membeli-belah, ke pasar atau pun bersiar-siar di taman. Dalam hal ini anda perlulah bertegas kepada orang lain dan kepada diri anda sendiri, perkara yang penting perlulah diutamakan berbanding dengan yang kurang faedahnya kepada diri anda.
Pilihlah masa yang anda boleh tumpukan perhatian sepenuhnya . Contohnya jika anda lebih suka membuat latihan soalan Bahasa Inggeris pada pukul 8 malam buatlah pada masa tersebut, jika anda lebih suka membuat latihan menjawab soalan Matematik pada pukul 5 pagi, buatlah pada masa tersebut. Ini akan menjadikan ulangkaji anda lebih menyeronokkan kepada diri anda.
Mengulangkaji sesuatu matapelajaran seperti menjawab latihan kertas soalan matematik setiap hari atau dengan kadar yang kerap contohnya 4 kali seminggu akan menjadikan segala formula dan cara penyelesaian tersebut mudah diingati. Daya ingatan anda juga akan menjadi lebih kuat. Matapelajaran yang diajar di sekolah adalah berbentuk input, manakala membuat latihan seperti menjawab kertas latihan peperiksaan yang lepas adalh berbentuk latihan output. Kedua-dua kaedah ini adalah amat penting dalam sistem pembelajaran anda.
Rehat yang mencukupi untuk otak anda iaitu tidur adalah amat penting bagi kesihatan mental dan fizikal. Jika anda mendapat tidur yang cukup otak akan berfungsi dengan baik unutk menyerap apa yang dipelajari di sekolah. Di rumah pula apabila anda mengulangkaji dengan cara menjawab kertas-kertas soalan latihan peperiksaan fikiran anda tidak akan mudah letih .
Sekiranya anda kurang tidur, otak juga akan menjadi letih, apa yang dipelajari kurang diserap oleh pemikiran anda. Jika mengulangkaji pula anda tidak akan dapat menjawab latihan kertas soalan peperiksaan dengan sepenuh tumpuan dan biasanya anda akan merasa cepat bosan.
Tags: belajar, cara penyelesaian, jadual, kerja sekolah, kertas soalan, last minute, latihan, latihan soalan, matematik, menjawab, nota-nota, output input, pembelajaran, pengurusan masa, peperiksaan, perhatian, tumpukan



