Prinsip / Filosofi Pendidikan Anak
By admin. Filed in Uncategorized, pendidikan |Hai semua, saya membaca artikel menarik di di http://harry.sufehmi.com mengenai falsafah pendidikan anak. Mendidik anak perlukan kebijaksanaan ibu bapa agar anak dapat dibimbing menjadi seorang yang berguna. Dalam artikelnya Saudara Harry menjelaskan lagi kaedah-kaedah yang terbaik untuk mendidik anak.
Menurut Saudara Harry lagi terdapat 4 falsafah utama untuk mendidik anak-anak iaitu :-
1. Mencapai persefahaman dengan pasangan anda tentang dasar-dasar atau perkara pokoknya
2. Konsep Untuk Faedah dan Kebaikan anak itu sendiri
3. Mengutamakan konsep membimbing dan bukannya arahan
4. Tumpukan Usaha pada Proses dan bukan pada Hasilnya
Mencapai persefahaman dengan pasangan anda mengenai dasar-dasar konsep membimbing anak adalah penting. Contohnya sepasang suami isteri telah sepakat untuk merujuk kepada buku-buku agama, merujuk kepada buku-buku atau ensaiklopedia tertentu, menggunakan laman-laman web yang dipercayai berkualiti dan sebagainya.
Konsep untuk faedah anak sendiri pula ialah di mana teguran ibu bapa kepada anak adalah untuk kebaikan anak itu sendiri. Menurut contoh yang diberikan oleh Saudara Harry adalah seperti berikut :-
CARA SALAH – “Eddy mesti belajar rajin-rajin ya nanti dapat keputusan yang bagus di sekolah, nanti kalau keputusan tak bagus ibu dengan ayah malu”.
CARA BETUL – ” Eddy mesti belajar rajin-rajin ya, bila dapat keputusan yang bagus, boleh masuk universiti yang hebat dan dapat belajar kursus yang Eddy minat”.
Menumpukan perhatian pada proses dan bukan hasil menurut saudara Harry lagi ialah supaya kita tidak terlalu berharap pada hasilnya kerana mendidik anak memerlukan usaha yang berulang kali dan tetap. Oleh itu pelbagaikanlah usaha-usaha mendidik anak , tumpukan pada prosesnya.
Oleh itu kita tidak akan merasa kecewa dan tersentak bila gagal mencapai hasilnya, tetapi melalui tumpuan pada proses, kita akan kembali fokus mengapa anak menjadi seperti itu dan bagaimana untuk mengatasinya(penyelesaian)
Sebenarnya saya sendiri pun melalui pengalaman ini dalam mendidik anak saya sendiri dan mendapati falsafah pendidikan anak ini amat berguna dipraktikkan dalam membimbing anak . Memang ternyata apa yang dibentangkan dalam post Saudara Harry di dalam blognya http://harry.sufehmi.com/ menjadi panduan yang amat bermanfaat untuk mendidik anak-anak. Oleh itu bagi mendapatkan gambaran yang lebih besar tentang falsafah atau filosofi mendidik anak-anak marilah kita ke blog Saudara Harry dengan klik pada pautan di atas. Wasalam
Tags: anak, falsafah pendidikan, membimbing, mendidik, pendidikan, sekolah



