Belajar untuk belajar
By admin. Filed in pendidikan |Jalan untuk pembelajaran yang efektif ialah dengan mengetahui:-
1. diri anda
2. sejauh mana kebolehan anda untuk belajar
3. cara yang anda gunakan dan berjaya di masa-masa lepas
4. minat anda, apa yang anda ketahui tentang subjek yang ingin anda pelajari
Mungkin mudah untuk anda mempelajari cara bermain bola tampar tetapi merasa sukar untuk mempelajari matematik.
Terdapat 4 langkah untuk belajar:-
1. Mulakan dengan masa lampau anda
Adakah anda
- minat membaca?menyelesaikan masalah?menghafal?menterjemah/bercakap dengan kumpulan?
- tahu bagaimana membuat ringkasan?
- bertanyakan soalan tentang apa yang anda pelajari?
- menyemak?
- boleh mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber?
- suka belajar dengan senyap atau kumpulan belajar?
- perlu belajar dengan sesi-sesi pendek atau satu sesi tetapi masanya panjang?
Apakah tingkahlaku anda apabila sedang belajar? Mana satu yang berkesan? paling kurang berkesan?
Bagaimana anda menilai cara belajar yang berkesan? Melalui ujian bertulis, kertas kerja, atau temuduga?
Masa Sekarang
Sejauh manakah anda berminat dengan apa yang anda belajar sekarang?
Berapa lamakah masa yang anda luangkan untuk belajar ?
Apakah yang mengurangkan minat anda untuk belajar?
Adakah situasi dan keadaan sesuai untuk anda berjaya?
Apakah perkara-perkara yang di bawah kawalan dan di luar kawalan anda?
Bolehkah anda ubah suasana ini supaya anda boleh berjaya?
Apakah yang mempengaruhi semangat anda untuk belajar?
Adakah anda mempunyai perancangan ? Adakah perancangan anda mengambil kira pengalaman dan cara-cara belajar anda pada masa lampau?
Pertimbangkan proses-prosesnya, subjek yang penting
Apakah tajuknya?Apakah kata-kata kunci subjek?
Adakah anda faham ianya?
Apakah yang anda telah ketahui setakat ini?
Adakah anda tahu subjek-subjek yang berkaitan?
Apakah jenis-jenis sumber rujukan dan maklumat yang akan membantu anda?
Adakah anda akan bergantung hanya kepada satu sumber rujukan iaitu buku teks untuk maklumat?
Adakah perlu untuk anda dapatkan sumber-sumber rujukan tambahan?
Semasa pembelajaran, adakah anda bertanya kepada diri anda sendiri , adakah anda faham?
Perlukah belajar dengan kadar cepat atau perlahan?
Jika anda tidak faham,adakah anda bertanya kenapa?
Adakah anda berhenti dan buat ringkasan?
Adakah anda berhenti dan bertanya adakah ianya logik?
Adakah anda berhenti dan menilai(setuju/tidak)?
Perlukah anda berfikir dan mengulanginya kemudian?
Perlukah anda membincangkannya dengan rakan-rakan yang belajar tentang maklumat tersebut?
Perlukah anda mencari orang yang pakar seperti guru, pustakawan dan lain-lain?
Penilaian Keseluruhan
Adakah anda melakukan dengan betul?
Bolehkah anda melakukannya dengan lebih baik?
Adakah perancangan pembelajaran anda mengambilkira kekuatan dan kelemahan anda?
Adakah anda memilih keadaan yang sesuai?
Adakah anda mengikuti perancangan?dengan disiplin?
Setelah berjaya adakah anda meraikan kejayaan anda itu?
Tags: cara belajar, pembelajaran efektif, perancangan belajar, sumber rujukan




