Jurutera Menerajui Program Mensa
By admin. Filed in Uncategorized |Pulau Pinang: Seorang pesara jurutera semikonduktor menjadi orang yang pertama di luar Eropah dan Amerika Syarikat dipilih bagi program pengenalan “Mensa International” program kepimpinan.
Jayaram Menon, 58 ialah seorang dari 7 orang ahli di dunia yang dipilih untuk program itu.Yang lain ialah 3 orang daripada Amerika Syarikat dan 3 orang dari Eropah .
“Saya berasa bertuah kerana dipilih untuk menyertai program antarabangsa itu .
Bagi mengiktiraf pencapaiannya itu, beliau telah dihadiahkan dengan Anugerah RM500 dan Sijil Penghargaan oleh kerajaan negeri.
Ketua Menteri, Lim Guna Eng yang menyampaikan sijil dan anugerah itu berkata ianya adalah satu kebanggaan kepada Pulau Pinang terutamanya kerana Jayaram dipilih daripada sebegitu banyak negara di luar Eropah dan Amerika Syarikat.
Jayaram yang telah bersara 2 tahun lepas ialah pengerusi Mensa Malaysia Cawangan Pulau Pinang.
Beliau telah dijemput menjadi ahli kepada Jawatankuasa Bertindak Sains Pulau Pinang semasa bermesyuarat di pejabat Lim semalam berdasarkan kepada pengalaman yang luas di dalam bidang sains dan teknologi.
” Saya pernah menganjurkan ” Puzzler Challenge” untuk penyertaan awam, terutamanya kepada sekolah-sekolah dengan tujuan untuk melatih pelajar-pelajar menyelesaikan masalah matematik dengan cara yang lebih menyeronokkan ” beliau berkata Mensa Pulau Pinang kini aktif mencari penyertaan pelajar-pelajar bagi menggalakkan mereka berfikir mengenai idea yang luar daripada kebiasaan.
Mensa ialah satu pertubuhan bagi individu yang mempunyai IQ 148 dan lebih.
Sumber : Oplyn Mok, The Sun, 16 Julai 2010
Tags: IQ, jayaram menon, mensa, pelajar-pelajar, penang, pulau pinang


