Macamana tarik minat anak-anak dengan Mystar Iqra?
Monday, December 12th, 2011Portal pendidikan Mystar ini sangat bermanfaat bagi mengisi masa lapang anak-anak dan pada masa yang sama menambah pengetahuan anak-anak.
Pada kandungan yang lepas kami telah menerangkan tentang 6 sub-modul yang terdapat di bawah modul Mystar Islamic iaitu:-
1.Iqra
2.Al-Quran
3.Solat
4.Puasa
5.Haji dan Umrah
6.Doa-doa
Klik di atas untuk main video Iman dengan bacaan kaedah Iqra
Jadi pada kali ni kita pergi lebih mendalam apa yang ada di dalam sub-modul Iqra secara ringkas tetapi padat
Iqra ialah satu kaedah belajar membaca al-Quran dengan lebih pantas dan mudah difahami oleh anak-anak anda.
Kaedah Iqra membimbing anak-anak anda bagi menyebut makhraj huruf dari segi Baris Dua, Wasal dan Hazaf, Wakaf, Tanda Mad, Tanda Sukun,Tanda Syaddah, Kasrah, Dhammah dan Fathah.
Kaedah Iqra ini disertakan dengan tulisan-tulisan interaktif serta bunyi-bunyian sebutan bacaan al-Quran dan oleh itu anak-anak anda akan lebih mudah mempelajarinya dan lebih seronok mempelajarinya.
Kandungan Iqra
-Iqra 1 hingga 6-sebahagian daripada laman interaktif Iqra di bawah
Mudah-mudahan kaedah iqra ini akan menjadi pemangkin anak-anak anda dalam mempelajari salah-satu daripada ilmu-ilmu Allah yang fardu kifayah dan fardu ain di samping memupuk semangat cintakan al-Quran sebagai peneman hidup dan seterusnya menjadi titik mulanya panduan hidup berasaskan al-Quran dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW.














