Archive for the 'Uncategorized' Category

Seronok belajar kaedah Iqra’ dengan modul Mystar Islamic

Monday, August 15th, 2011

Assalamualaikum dan salam sejahtera Tuan-tuan dan Puan-puan,

Saya harap Tuan dan Puan masih lagi bersama portal pendidikan Mystar dalam meningkatkan kamajuan pendidikan anak-anak.

Pihak Mystar sentiasa berusaha memperbaiki mutu pendidikan portal onlinenya .

mystar-islamicYang terbaru sekali ialah Modul MYstar Islamic iaitu asas pembelajaran Al-Quran dan Fardhu Ain. Ianya menyediakan panduan asas ajaran Islam. Sesuai untuk semua peringkat umur yang beragama Islam.

MYSTAR-Islamic adalah untuk membantu semua lapisan masyarakat dalam mencapai kemajuan di dalam bidang pendidikan dan teknologi serta membantu masyarakat meningkatkan pengetahuan di dalam pengetahuan Agama Islam. MYSTAR-Islamic merupakan satu produk baru yang berkonsepkan inovasi produk Muslim secara atas talian (online). MYSTAR-Islamic direka khas untuk pengguna Muslim sahaja yang berumur seawal 1 tahun sehingga 100 tahun.

Bagi anak-anak yang masih dalam peringkat tadika,pra-tadika dan sekolah rendah modul ini akan menjadikan mereka lebih seronok untuk mempelajari Al-Quran dan Fardhu Ain. Asas membaca al-Quran pula ialah dengan belajar dengan kaedah Iqra’. Pendidikan adalah dalam bentuk dua hala iaitu interaktif.

Modul ini pula boleh dibahagikan kepada 6 sub-modul iaitu:-
1.Iqra
2.Al-Quran
3.Solat
4.Puasa
5.Haji dan Umrah
6.Doa

Sila pergi ke  http://1mystar.my/demo/bm/mystar-islamic atau klik sini untuk demo modul Mystar Islamic.

Sekiranya ada masalah bolehlah hubungi saya atau menghantar SMS. Jangan segan-silu, saya akan berusaha menjawab pertanyaan Tuan. Insyaallah anak-anak Tuan pastinya akan beroleh manfaat daripada portal pendidikan ini.

Tags: , , , , , , , , ,

Jurutera Menerajui Program Mensa

Tuesday, July 20th, 2010

Pulau Pinang: Seorang pesara jurutera semikonduktor menjadi orang yang pertama di luar Eropah dan Amerika Syarikat dipilih bagi program pengenalan “Mensa International” program kepimpinan.

Jayaram Menon, 58 ialah seorang dari 7 orang ahli di dunia yang dipilih untuk program itu.Yang lain ialah 3 orang daripada Amerika Syarikat dan 3 orang dari Eropah .

“Saya berasa bertuah kerana dipilih untuk menyertai program antarabangsa itu .

Bagi mengiktiraf pencapaiannya itu, beliau telah dihadiahkan dengan Anugerah RM500 dan Sijil Penghargaan oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guna Eng yang menyampaikan sijil dan anugerah itu berkata ianya adalah satu kebanggaan kepada Pulau Pinang terutamanya kerana Jayaram dipilih daripada sebegitu banyak negara di luar Eropah dan Amerika Syarikat.

Jayaram yang telah bersara 2 tahun lepas ialah pengerusi Mensa Malaysia Cawangan Pulau Pinang.

Beliau telah dijemput menjadi ahli kepada Jawatankuasa Bertindak Sains Pulau Pinang semasa bermesyuarat di pejabat Lim semalam berdasarkan kepada pengalaman yang luas di dalam bidang sains dan teknologi.

” Saya pernah menganjurkan ” Puzzler Challenge” untuk penyertaan awam, terutamanya kepada sekolah-sekolah dengan tujuan untuk melatih pelajar-pelajar menyelesaikan masalah matematik dengan cara yang lebih menyeronokkan ” beliau berkata Mensa Pulau Pinang kini aktif mencari penyertaan pelajar-pelajar bagi menggalakkan mereka berfikir mengenai idea yang luar daripada kebiasaan.

Mensa ialah satu pertubuhan bagi individu yang mempunyai IQ 148 dan lebih.

Sumber : Oplyn Mok, The Sun, 16 Julai 2010

Tags: , , , , ,

Pembelian Mywallet Mystar Melalui Kad Kredit

Wednesday, July 7th, 2010

mywallet-mystar-a

 Info terbaru dari Puncakmas  ialah semua agen boleh membeli Mywallet secara online dengan menggunakan kad kredit masing-masing.

Pembayaran kad kredit ini boleh dibuat sama ada menggunakan kad Visa ataupun Master. Jika dahulu pembayaran adalah melalui online banking iaitu Maybank atau Maybank2u kini terdapat pilihan untuk membayar dengan kad kredit. Untuk itu pihak Puncakmas kini menggunakan “payment gateway” atau penyedia khidmat pembayaran melalui kad kredit. (Secure Online Payment)

Walaubagaimana pun untuk kemudahan ini anda dikenakan caj sebanyak 3.5 peratus . Contohnya jika anda membeli Mywallet RM100, pihak mereka akan mengenakan caj RM3.50.

Untuk membeli Mywallet, anda perlu pergi ke laman Puncakmas sila klik di sini , login ke akaun anda ,klik pada icon Utama, skrol ke bawah dan klik pada butang icon Beli Mywallet Pakai Kad Kredit (seperti gambar di atas) . Ikut arahan seterusnya.

Begitu mudah sekali untuk membuat pembelian Mywallet yang boleh digunakan untuk membeli produk-produk sokongan Mystar yang lain sama ada untuk tujuan promosi ataupun untuk kegunaan sendiri. Pihak Puncakmas memang sentiasa membuat pembaharuan-pembaharuan selaras dengan perkembangan terkini ICT dan juga unutk unutk kemudahan-kemudahan anda semua.

Pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan perkembangan terkini berkaitan Puncakmas ataupun Mystar-A dengan menghantarkan email kepada kami dengan klik di sini dan mengisi borang maklumat .

Tags: , ,

Adakah Anda Memenuhi Keempat-empat Perkara Ini?

Saturday, June 26th, 2010

Khusus bagi mereka yang berminat dan mempunyai cita-cita untuk menjadi berjaya di dalam bidang perniagaan pendidikan Mystar-A dan Mystar-B, bolehlah menghubungi saya dengan mengklik pada “Pengenalan Produk”, skrol ke dasar laman ini , di sana terdapat nombor untuk menghubungi saya.

Sebelum anda menghubungi saya  adakah anda mempunyai 4 perkara di bawah:-

1. Mempunyai modal serendah-rendah RM300 sehinggalah RM10,000?
2. Adakah anda boleh memperuntukkkan masa bagi perniagaan ini dengan  minimum 4 jam sehari(selepas balik kerja)?
3. Adakah anda mempunyai kenalan dan sahabat-handai?
4. Adakah anda boleh mendapat restu atau kerelaan keluarga untuk menceburi bidang perniagaan berbentuk MLM ini?

Fikirlah jawapan kepada soalan-soalan saya di atas , kerana ini adalah satu peluang perniagaan yang anda akan jalankan separuh masa atau sambilan pada permulaan dan akan berubah kepada perniagaan sepenuh masa.

Rasulullah  pernah bersabda
‘9/10 dari pintu-pintu rezeki ada di dalam perniagaan, 1/10 adalah dalam pertanian dan penternakan”
-Maksud hadis riwayat at-Tarmizi

Pengiktirafan Mystar A dan Mystar B

Pengiktirafan Mystar A dan Mystar B

Tags: , , , , , , , , , , ,

Peperiksaan UPSR Akan Dihapuskan?

Friday, June 25th, 2010

Menurut surat khabar The Sun yang saya baca, Hua Zong (Kesatuan Bagi Persatuan Sekolah-Sekolah Cina Malaysia) menentang penamatan peperiksaan UPSR (Ujian Menengah Rendah). Menurut mereka lagi Upsr adalah peperiksaan yang penting untuk menilai pelajar-pelajar setelah 6 tahun menempuh persekolahan peringkat rendah. 

Kesatuan ini membuat kenyataan ke atas cadangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memansuhkan peperiksan UPSR dan PMR( Penilaian Menengah Rendah).Kesatuan ini juga menyatakan bahawa kerajaan harus menyerahkan isu ini kepada pakar di dalam bidang pendidikan untuk membuat kajian yang mendalam berasaskan persekitaran pendidikan, mentaliti pelajar-pelajar dan tingkahlaku mereka terhadap sistem pembelajaran dan peperiksaan.

Pandangan pihak-pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan juga harus diambil kira sebelum membuat keputusan akhir. Ini bagi mengelakkan pelajar-pelajar daripada menjadi mangsa akibat membuat keputusan yang terburu-buru.

Tan Sri Pheng Yin Huah iaitu Presiden Hua Zong pula berkata berdasarkan kepada analisis awalan mereka, UPSR masih diperlukan oleh pelajar-pelajar  bagi mengukur peringkat pemahaman  pelajar tentang topik-topik yang dipelajari dan perkembangan pembelajaran mereka.

Beliau berkata peperiksaan awam dalah menjadi suatu motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

 Hua Zong juga menyatakan bahawa mereka bimbang sekiranya kedua-dua peperiksaan awam dimansuhkan pada masa yang sama , ia akan mengakibatkan pelajar-pelajar tidak serius dengan pembelajaran di sekolah rendah  serta guru-guru juga kurang bermotivasi . Seterusnya akan menyebabkan kualiti pendidikan jatuh . Masalah pelajar yang tidak mampu menerima pelajaran di peringkat menengah juga akan wujud.

Hua Zong berpandangan bahawa UPSR tidak seharusnya dimansuhkan , kerana ia adalah peperiksaan penting untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar setelah tamatnya 6 tahun pembelajaran pada peringkat sekolah rendah. Lagipun, pelajar-pelajar di sekolah rendah pada dasarnya belum lagi mencapai tahap matang yang boleh memotivasikan mereka untuk belajar.

Pelajar-pelajar di sekolah menengah pula perlu mempelajari makna dan tujuan pendidikan. Peperiksaan SPM pula akan menjadi satu faktor motivasi untuk mereka  belajar dengan lebih tekun. Oleh itu kesan-kesan atau akibat daripada memansuhkan peperiksaan PMR juga adalah kurang serius.

Hua Zong mencadangkan agar pihak kerajaan memperbaiki kebolehan para guru dan menggalakkan pelajar-pelajar agar lebih berminat dengan pembelajaran mereka.

Jika pelajar-pelajar boleh memahami dan menyerap isi-isi kandungan pelajaran yang diajarkan , mereka akan menjadi lebih yakin dan tidak akan gerun dengan peperiksaan.

 Sumber : The Sun, 25 Jun 2010

Tags: , , , , , ,