Latar

Latar belakang Puncakmas - Mystar-a-b

Pengenalan Syarikat

Syarikat Puncakmas Marketing Sdn. Bhd telah menjalankan Penyelidikan pada pertengahan tahun 2007 dan ia telah dikorporatkan di Kedah Pada tahun 2009.

Syarikat ini ditubuhkan dengan matlamat untuk memberikan pendedahan atau kefahaman kepada masyarakat terutamanya ibu-bapa bahawa pendidikan secara internet ataupun online merupakan satu pilihan atau “alternative” bagi meninggikan lagi prestasi akademik dengan kaedah atau method “website + education =webucation” 
Motto utama syarikat ini ialah “Cemerlang Satu Malaysia”.

Syarikat ini beroperasi dengan tapak utamanya di Bandaraya Alor Setar, Kedah. Syarikat ini dipimpin  oleh 4 orang usahawan muda iaitu:

1.En. Mohd Norzuzafre bin Zulkifli  sebagai Presiden
2.En. Muhazani bin Mat Noh sebagai Timbalan Presiden
3.En Mohd. Norshahar bin Zulkifli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
4.En. Mohamad Shukri bin Sulaiman sebagai Ketua Produk dan     Pembangunan Perniagaan 

Puncakmas Marketing Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat yang dimiliki secara penuh oleh Bumiputera yang mewujudkan produk-produk pendidikan secara online di Malaysia. Produk-produk yang dihasilkan adalah berteraskan pendidikan.

Syarikat ini telah berjaya mewujudkan satu kerjasama dengan Guru-guru Pakar, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan Jabatan IT Puncakmas Marketing Sdn. Bhd dengan tujuan menjalankan kajiselidik (Research and Development) bagi membangunkan serta menghasilkan program-program yang dijayakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


7 Comments

  1. Comment by remy:

    salam.nak tanya mane testemoni pelajar yg guna.

  2. Comment by admin:

    Tuan,

    Harap dapat hantarkan email yang sebenar kerana saya cuba send email tetapi tidak berjaya kerana email tersebut tidak sah()mungkin salah ejaan.

    Dalam email tersebut ada saya attach kan testimoni pelajar-pelajar yang cemerlang dalam UPSR.

  3. Comment by ida:

    salam…saya pun nak tengok jugak testimoni pelajar-pelajar yang cemerlang menggunakan portal mystar A dan B..boleh emailkan pada saya..terima kasih

  4. Comment by admin:

    Cik Ida,

    Kami akan email kan testimoni pelajar ke email Cik .TK

  5. Comment by n:

    kenapa nk emel2, tunjuk kt web ni boleh?terima kasih..

  6. Comment by a:

    salam..boleh tolong email kan saya testimoni pelajar2 yang menggunakan portal mystar.terima kasih

  7. Comment by admin:

    W’salam, kami sudahpun hantar email kepada Tuan tentang testimoni pelajar-pelajar yang mendapat kejayaan cemerlang hasil pembelajaran dengan Mystar-A.
    Kiranya ada apa-apa pertanyaan bolehlah berhubung dengan email, mengisi borang pertanyaan atau hubungi En. Rahman Hashim talian bimbit 019-7801160.

    Pertemuan juga boleh diadakan bagi menerangkan lebih lanjut tentang produk Mystar A dan B bagi kawasan sekitar Bandar Johor Bahru. Sekian terima kasih.

Trackbacks / Pingbacks

Leave a Reply