Tag Archive


activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah

Bincangkan Cerita Dengan Anak

Pada kali ini saya ingin mengajak anda sama-sama berkongsi pendapat tentang cara-cara mendidik anak-anak, moga-moga akan memperolehi manfaat daripada apa yang ingin saya kongsikan dengan anda.mystar-a-read-mom

Mungkin tak salah jika saya katakan perkongsian pendapat ini amat sesuai terutamanya pada ibu bapa yang pertama kali mendapat anak dan bagi ibu bapa yang  kini baru sahaja mendapat tambahan cahaya mata dan sudah mula pandai bercakap.

Bagi ibu bapa yang rajin membacakan buku cerita kepada anak, adalah lebih baik jika anak turut sama berbual-bual dengan anda.

Jadikan ruangan membacakan buku cerita kepada anak anda sesuatu keadaan yang menimbulkan minat kepada mereka. Jadi anda perlu galakkan anak agar bertanya sekiranya ada yang tidak difahami. Contohnya “Agak-agak apa yang akan terjadi pada Sang Arnab?” ,”Nak tau kat mana arnab tu tidur?” “Agaknya dapat tak Sang Arnab tu kejar semula kura-kura?, ok kita sambung cerita”

Dengan cara ini kita dapat menarik anak-anak agar aktif dalam ruangan membaca buku cerita. Taklah mereka asyik mendengar sahaja. Kadang-kadang jika kita tidak menjadikan ianya satu situasi yang interaktif anak-anak mungkin cepat bosan atau pun mengantuk, betul tak?

mystar-a-readSelain daripada itu kita juga perlu faham yang anak-anak ini mengambil masa untuk bertindakbalas pada soalan kita. Jadi , banyakkanlah bersabar dan tunggu sampai mereka berikan jawapan, mungkin betul atau mungkin salah. Tak mengapa , yang pentingnya anak-anak  ini belajar berfikir untuk mencari jawapannya.

Dengan cara ini mereka juga akan terlatih untuk berfikir dan berani untuk bertanya serta memberikan jawapan.

Ok setakat ini dulu tip keibubapaan yang dapat kami sama-sama kongsi dengan anda semua, jika ada pendapat jangan segan-segan silu tuliskan komen di bawah. Moga-moga dengan komen anda semua dapatlah kita berkongsi dan memanfaatkan panduan ini demi kebaikan anak-anak kita semua .