Tag Archive


activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012 – 975th Edition

Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kelas Rancangan Khas - KRKIni memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK  ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.

Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).

(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012 (237 words)


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab

Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 – 974th Edition

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sesi Disember 2011 sudah boleh dibuat mulai hari ini, 26 Oktober 2011.

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik

Semakan boleh dibuat di portal berikut:

Surat Tawaran

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik Disember 2011

Calon yang berjaya mestilah mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web politeknik. Calon hendaklah menghantar segala dokumen yang diperlukan ke politeknik berkenaan. Setelah politeknik membuat semakan dan mendapati tiada percanggahan maklumat, surat tawaran rasmi beserta dengan dokumen pendaftaran akan diposkan kepada calon.

Pertukaran Program dan Politeknik

Mereka yang ingin memohon pertukaran program selain daripada kursus yang ditawarkan atau pertukaran ke politeknik yang berhampiran dengan rumah boleh membuat permohonan rayuan pertukaran melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.

(…)
Baca sepenuhnya Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 (58 words)


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2012 – 973th Edition

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesi Januari 2012.

IKBN

Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2012 (494 words)


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab

Keputusan Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011 – 972th Edition

Para pelajar Politeknik yang ada membuat permohonan biasiswa di bawah Program Diploma Politeknik 2011 sudah boleh menyemak keputusannya. Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini boleh disemak mulai 14 Oktober 2011 pukul 5.00 petang.

Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Politeknik

Biasiswa JPA Politeknik

Semakan boleh dibuat seperti berikut;

Maklumat

Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini. Pada kebiasaannya semua calon yang berjaya akan menerima surat tawaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar politeknik masing-masing.


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab

Garis Panduan Semakan & Penawaran PIDN 2011 – 971th Edition

Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program Ijazah Dalam Negara PIDN bagi tahun 2011 telah diumumkan pada 30 September 2011 yang lalu.

Susulan dari itu Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA telah mengeluarkan satu garis panduan penggunaan sistem semakan dan penawaran atas talian untuk PIDN tahun 2011 bagi membantu mereka yang ada memohon dan mendapat tawaran biasiswa JPA PIDN ini.

Biasiswa JPA PIDN

Garis Panduan PIDN 2011

Berikut adalah garis panduan tersebut;

  1. Semua pemohon boleh menyemak keputusan permohonan PIDN Tahun 2011 melalui laman web eSILA bermula pada 5 Oktober 2011 sehingga 15 Oktober 2011.
  2. Calon-calon yang berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran dan Borang Setuju Terima sebelum tarikh tutup pada 15 Oktober 2011.
  3. Mulai 16 hingga 21 Oktober 2011, calon-calon yang berjaya dikehendaki mengemaskini maklumat penjamin di laman web eSILA untuk tujuan memuat turun dokumen perjanjian. Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pengajian masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011.
  4. Capaian ke atas modul ePenawaran (di laman web eSILA) mulai 16 – 21 Oktober 2011 adalah mengikut jadual Universiti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti di bawah:-

    (…)
    Baca sepenuhnya Garis Panduan Semakan & Penawaran PIDN 2011 (230 words)


    © Nilam for ePutra, 2011. |
    Permalink |
    Tiada komen |

    Post tags: , , , , ,


    By Azhad Nilam
    Yaab