Tag Archive
activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah
Bagaimana mengatur waktu belajar cara bijak dengan Mystar
Masa lapang terutamanya bagi anak-anak anda yang bersekolah hendaklah dimanfaatkan dengan sepenuhnya. Kebanyakan pelajar-pelajar di sekolah sering bertanya kepada guru mereka bagaimana nak membuat jadual waktu belajar dengan berkesan.
Perkara yang pertama sekali yang perlu dilakukan ialah pelajar-pelajar atau anak anda mesti berikan tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran yang diajar oleh guru. Ketika mengulangkaji juga berikan tumpuan yang sepenuhnya. Maknanya fokus 100 peratus ataupun sekurang-kurang 90 peratus.
Tumpuan penuh kepada subjek-subjek yang dipelajari adalah penting kerana apa yang diingati atau dipelajari oleh anak-anak anda akan diuji melalui soalan-soalan subjek Mystar yang telah dipecahkan kepada topik-topik yang lebih kecil . Cuba anda lihat contoh subjek Matematik tingkatan 3 yang telah dipecahkan mengikut topik-topik LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia) sebagaimana di bawah:-
1. LINE AND ANGLES II
2. POLYGONS II
3. CIRCLES II
4. STATISTICS II
5. INDICES
6. ALGEBRAIC EXPRESSIONS II
7. ALGEBRAIC FORMULAE
8. SOLID GEOMETRIC III
9. SCALE DRAWINGS
10.TRANSFORMATION II
11.LINEAR EQUATIONS II
12.LINEAR INEQUALITIES
13. GRAPH AND FUNCTIONS
14.RATIOS, RATES AND PROPERTIONS II
15.TRIGONOMETRY
Yang paling penting sekali ialah tumpuan 100 peratus ketika berada dalam kelas ketika guru sedang mengajar dan kiranya ada yang tidak difahami hendaklah segera bertanya kepada guru. Buatkan nota beserta topik ringkas apa yang telah dipelajari di dalam kelas. Anak-anak anda juga boleh membuat nota ringkas berkaitan apa yang dipelajari ketika di dalam kelas.
Biasanya nota ringkas ini boleh dibuat ketika pertukaran guru matapelajaran ataupun boleh dibuat selepas sampai ke rumah. Nota ringkas ini akan membantu anak-anak anda dalam menjawab soalan-soalan peperiksaan yang akan dikemukakan oleh portal Mystar apabila anak-anak anda berada di rumah nanti.
Tugas anda selaku ibu bapa ialah memastikan anak-anak membuat nota ringkas yang di atas. Anda hendaklah memeriksa atau bertanya kepada anak-anak apa topik yang telah dipelajari dan kemudian meminta anak membuat nota ringkas. Buat lebih kurang separuh muka nota ringkas(kertas saiz A4 yang dilipat 2 memanjang dan dibahagikan sama tengah, jadi ianya akan mempunyai 4 mukasurat). Ianya juga boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah, dan boleh diulang-ulang semasa waktu poket iaitu waktu ketika:-
-menunggu bas, balik atau ke sekolah
-waktu rehat selepas makan
-pertukaran guru subjek
-didalam bas, pergi atau balik sekolah
-dan lain-lain lagi waktu poket
Dengan adanya nota-nota ringkas dan portal pendidikan Mystar ini pastinya sistem pembelajaran anak-anak anda akan menjadi lebih teratur. Kita bertemu lagi di lain siri!!
Kenapa langgan Mystar dan boleh jana untung?
1. Salah satu barangan atau produk yang sentiasa diperlukan oleh manusia tak kira keadaan ekonomi samada baik atau pun meleset ialah pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu keperluan asasi manusia selain daripada makanan, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan.
Oleh itu tidak hairanlah peniagaan dan industri berasaskan pendidikan yang dijalankan di dalam negara pula bernilai berbilion ringgit setiap tahun.
Tabungan yang dibuat oleh isirumah Malaysia pula meningkat setiap tahun. Ini dapat dilihat melalui ramalan tabungan pendidikan bagi tahun 2012 hingga 2015 yang dijalankan oleh Northern Lion Wealth Advisors. Trend kenaikan jumlah isirumah yang menabung untuk pendidikan ini adalah seiring dengan tabungan yang dibuat oleh negara-negara maju yang lain seperti Australia, UK dan USA.
Ini juga bermakna sebahagian daripada pendapatan isirumah akan dibelanjakan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan pencapaian pendidikan anak-anak di Malaysia.
Oleh itu , dengan menjadi business partner Mystar ataupun menjadi usahawan tidak ada ruginya. Anak-anak anda akan mendapat faedahnya dan anda juga boleh menambahkan pendapatan dengan memperkenalkan program ini kepada sahabat-handai dan kaum keluarga.
Kursus Pembangunan Usahawan Mystar – 1Mystar
Assalamualaaikum semua,
Bagi yang berminat menjadikan bidang perniagaan sebagai sumber mata pencarian dan mendapat keuntungan yang berlipat-ganda, marilah kita menyertai Kursus Pembangunan Usahawan Mystar.
Kursus ini bertujuan memberikan pendedahan bagaimana untuk mempromosikan Mystar dan mendapat pelanggan-pelanggan baru.
Kursus ini akan diadakan bertempat di K-Club Taman Melawati, Kuala Lumpur pada:-
Masa: 8.30 pagi – 5.00 petang
Tarikh: 25 September 2011 (Ahad)
Bayaran Masuk: RM100
Kelebihan: Dapat topup percuma selama 2 bulan bagi pengedar atau business partner Mystar yang sediada.
Ayuh marilah sama-sama kita menjana pendapatan yang lumayan. tempat adalah terhad. First come first serve basis.
Seminar ini akan diberikan oleh Pakar Motivasi yang berpengalaman.
Bagi yang berminat bolehlah menghubungi saya sebagaimana nombor yang tertera pada link website.
Rahman Hashim
Pembelian Mywallet Mystar Melalui Kad Kredit
Info terbaru dari Puncakmas ialah semua agen boleh membeli Mywallet secara online dengan menggunakan kad kredit masing-masing.
Pembayaran kad kredit ini boleh dibuat sama ada menggunakan kad Visa ataupun Master. Jika dahulu pembayaran adalah melalui online banking iaitu Maybank atau Maybank2u kini terdapat pilihan untuk membayar dengan kad kredit. Untuk itu pihak Puncakmas kini menggunakan “payment gateway” atau penyedia khidmat pembayaran melalui kad kredit. (Secure Online Payment)
Walaubagaimana pun untuk kemudahan ini anda dikenakan caj sebanyak 3.5 peratus . Contohnya jika anda membeli Mywallet RM100, pihak mereka akan mengenakan caj RM3.50.
Untuk membeli Mywallet, anda perlu pergi ke laman Puncakmas sila klik di sini , login ke akaun anda ,klik pada icon Utama, skrol ke bawah dan klik pada butang icon Beli Mywallet Pakai Kad Kredit (seperti gambar di atas) . Ikut arahan seterusnya.
Begitu mudah sekali untuk membuat pembelian Mywallet yang boleh digunakan untuk membeli produk-produk sokongan Mystar yang lain sama ada untuk tujuan promosi ataupun untuk kegunaan sendiri. Pihak Puncakmas memang sentiasa membuat pembaharuan-pembaharuan selaras dengan perkembangan terkini ICT dan juga unutk unutk kemudahan-kemudahan anda semua.
Pastikan anda tidak terlepas peluang mendapatkan perkembangan terkini berkaitan Puncakmas ataupun Mystar-A dengan menghantarkan email kepada kami dengan klik di sini dan mengisi borang maklumat .
Akses website Puncakmas dengan Telefon Bimbit Anda!
Seiring dengan perkembangan ICT yang terkini pihak Mystar juga kini sedang dan telah menaiktaraf sistem mereka. Terbaru ialah melalui website boleh dicapai melalui telefon bimbit.
Ianya serupa dengan laman-laman terkemuka di dalam internet seperti Facebook, Youtube, Yahoo, Google dan lain-lain lagi yang mempunyai website (mobile web) khusus untuk pengguna yang menggunakan telefon bimbit ataupun ’smartphone’ untuk mengakses laman-laman tersebut
Bagi mereka yang mempunyai telefon bimbit dengan kebolehan wifi dan program pelayar internet ataupun yg mempunyai langganan kepada broadband dengan pelayar internet bolehlah mengaksesnya sebagaimana pautan di bawah:




