Tag Archive


activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah

Jurutera Menerajui Program Mensa

Pulau Pinang: Seorang pesara jurutera semikonduktor menjadi orang yang pertama di luar Eropah dan Amerika Syarikat dipilih bagi program pengenalan “Mensa International” program kepimpinan.

Jayaram Menon, 58 ialah seorang dari 7 orang ahli di dunia yang dipilih untuk program itu.Yang lain ialah 3 orang daripada Amerika Syarikat dan 3 orang dari Eropah .

“Saya berasa bertuah kerana dipilih untuk menyertai program antarabangsa itu .

Bagi mengiktiraf pencapaiannya itu, beliau telah dihadiahkan dengan Anugerah RM500 dan Sijil Penghargaan oleh kerajaan negeri.

Ketua Menteri, Lim Guna Eng yang menyampaikan sijil dan anugerah itu berkata ianya adalah satu kebanggaan kepada Pulau Pinang terutamanya kerana Jayaram dipilih daripada sebegitu banyak negara di luar Eropah dan Amerika Syarikat.

Jayaram yang telah bersara 2 tahun lepas ialah pengerusi Mensa Malaysia Cawangan Pulau Pinang.

Beliau telah dijemput menjadi ahli kepada Jawatankuasa Bertindak Sains Pulau Pinang semasa bermesyuarat di pejabat Lim semalam berdasarkan kepada pengalaman yang luas di dalam bidang sains dan teknologi.

” Saya pernah menganjurkan ” Puzzler Challenge” untuk penyertaan awam, terutamanya kepada sekolah-sekolah dengan tujuan untuk melatih pelajar-pelajar menyelesaikan masalah matematik dengan cara yang lebih menyeronokkan ” beliau berkata Mensa Pulau Pinang kini aktif mencari penyertaan pelajar-pelajar bagi menggalakkan mereka berfikir mengenai idea yang luar daripada kebiasaan.

Mensa ialah satu pertubuhan bagi individu yang mempunyai IQ 148 dan lebih.

Sumber : Oplyn Mok, The Sun, 16 Julai 2010

Peperiksaan UPSR Akan Dihapuskan?

Menurut surat khabar The Sun yang saya baca, Hua Zong (Kesatuan Bagi Persatuan Sekolah-Sekolah Cina Malaysia) menentang penamatan peperiksaan UPSR (Ujian Menengah Rendah). Menurut mereka lagi Upsr adalah peperiksaan yang penting untuk menilai pelajar-pelajar setelah 6 tahun menempuh persekolahan peringkat rendah. 

Kesatuan ini membuat kenyataan ke atas cadangan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memansuhkan peperiksan UPSR dan PMR( Penilaian Menengah Rendah).Kesatuan ini juga menyatakan bahawa kerajaan harus menyerahkan isu ini kepada pakar di dalam bidang pendidikan untuk membuat kajian yang mendalam berasaskan persekitaran pendidikan, mentaliti pelajar-pelajar dan tingkahlaku mereka terhadap sistem pembelajaran dan peperiksaan.

Pandangan pihak-pihak yang terlibat dengan bidang pendidikan juga harus diambil kira sebelum membuat keputusan akhir. Ini bagi mengelakkan pelajar-pelajar daripada menjadi mangsa akibat membuat keputusan yang terburu-buru.

Tan Sri Pheng Yin Huah iaitu Presiden Hua Zong pula berkata berdasarkan kepada analisis awalan mereka, UPSR masih diperlukan oleh pelajar-pelajar  bagi mengukur peringkat pemahaman  pelajar tentang topik-topik yang dipelajari dan perkembangan pembelajaran mereka.

Beliau berkata peperiksaan awam dalah menjadi suatu motivasi kepada pelajar-pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

 Hua Zong juga menyatakan bahawa mereka bimbang sekiranya kedua-dua peperiksaan awam dimansuhkan pada masa yang sama , ia akan mengakibatkan pelajar-pelajar tidak serius dengan pembelajaran di sekolah rendah  serta guru-guru juga kurang bermotivasi . Seterusnya akan menyebabkan kualiti pendidikan jatuh . Masalah pelajar yang tidak mampu menerima pelajaran di peringkat menengah juga akan wujud.

Hua Zong berpandangan bahawa UPSR tidak seharusnya dimansuhkan , kerana ia adalah peperiksaan penting untuk menilai pencapaian pelajar-pelajar setelah tamatnya 6 tahun pembelajaran pada peringkat sekolah rendah. Lagipun, pelajar-pelajar di sekolah rendah pada dasarnya belum lagi mencapai tahap matang yang boleh memotivasikan mereka untuk belajar.

Pelajar-pelajar di sekolah menengah pula perlu mempelajari makna dan tujuan pendidikan. Peperiksaan SPM pula akan menjadi satu faktor motivasi untuk mereka  belajar dengan lebih tekun. Oleh itu kesan-kesan atau akibat daripada memansuhkan peperiksaan PMR juga adalah kurang serius.

Hua Zong mencadangkan agar pihak kerajaan memperbaiki kebolehan para guru dan menggalakkan pelajar-pelajar agar lebih berminat dengan pembelajaran mereka.

Jika pelajar-pelajar boleh memahami dan menyerap isi-isi kandungan pelajaran yang diajarkan , mereka akan menjadi lebih yakin dan tidak akan gerun dengan peperiksaan.

 Sumber : The Sun, 25 Jun 2010

Ekspo Minggu Sains, Teknologi dan ICT, Negeri Johor 2010 Pusat Konvensyen Persada

Buat makluman pada semua ibu bapa, Minggu Sains, Teknologi dan ICT, Negeri Johor telah pun bermula dari 22 Jun (Selasa iaitu semalam) dan akan berlangsung hinggalah 27 Jun ini iaitu Ahad. 

Bagi ibu -bapa ini adalah satu peluang untuk mendedahkan anak-anak kepada pendidikan dalam bidang teknologi, sains dan ICT ( Information and Communication Technology ). 

Pameran Sains Teknolgi dan ICT JOhor - MISTI 2010

Pameran Sains Teknolgi dan ICT JOhor - MISTI 2010

Butir-butir Pameran adalah seperti berikut:-
Tempat : Persada (Pusat Pameran dan Konvensyen Johor), Bandaraya Johor Bahru
Tarikh   : 22 Jun(Selasa) hingga 27 Jun(Ahad) 2010
Masa      : Pagi hingga pukul 10.00 malam 

Kalender Acara Misti - sila klik untuk gambar besar

Kalender Acara Misti - sila klik untuk gambar besar

Kalender Acara Misti - sila klik untuk gambar besar

Kalender Acara Misti - sila klik untuk gambar besar

  

Pameran ini iaitu MISTI johor 2010 adalah salah satu acara yang telah  dianjurkan oleh Unit Sains dan Teknologi Johor berkaitan dengan pendedahan kepada kemajuan terbaru  dalam bidang sains teknologi dan ICT. Ianya juga bertujuan untuk menggalakkan penggunaan sistem ICT yang boleh diakses oleh penduduk dan komuniti di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar yang berpusat di Pusat Pentadbiran Baru , Kota Iskandar, Johor .

MISTI Johor 2010 juga menyahut seruan Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan tahun 2010 sebagai Tahun Innovasi dan Kreativiti Malaysia yang akan menjadi pemangkin kepada Wawasan 2020.

Selain itu objektif ekspo atau pameran ini juga bertujuan untuk mendedahkan seluruh komuniti dan penduduk Johor agar lebih berminat dengan pendidikan, informasi dan pengetahuan dalam bidang sains , teknologi dan ICT di samping mendedahkan ancaman-ancaman  dalam bidang ICT.

Oleh itu pihak penganjur telah menyediakan pelbagai acara seperti:

  • Pameran Seminar
  • Konferens
  • Bengkel
  • Forum
  • Pertandingan Robotik
  • Pertandingan Permainan Komputer
  • Foto Kreatif
  • Treasure Hunt
  • Kuiz-kuiz dan lain-lain lagi

Terdapat sebanyak 250 ruang-ruang pameran yang mempamerkan produk-produk teknologi yang tekini.

Penganjur juga menjangkakan pameran ini akan menjadi satu pendidikan dan menjadi satu inspirasi kepada golongan muda termasuklah pelajar-pelajar dari sekolah rendah dan menengah, Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta, industri-industri dari pelbagai peringkat dan juga daripada badan-badan kerajaan.

Antara pameran-pameran dan acara-acara menarik yang tidak patut dilepaskan oleh ibu bapa dan anak-anak ataupun pelajar-pelajar ialah:

  • Astronomy nite di mana orang ramai akan berpeluang melihat dan mengamati planet septi Zuhrah, Marikh dan Zuhal
  • Slot demonstrasi penghasilan kartun animasi Upin dan Ipin yang dijana melalui teknik CGI
  • Mejar Dr Faiz Khaleed iaitu angkasawan negara akan menyampaikan ceramah  berkaitan bidang astronomi.
  • Pengunjung yang datang pada malam 26 Jun juga akan berpeluang menyaksikan gerhana bulan melalui teleskop