Tag Archive
activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah
Mengapa kanak-kanak belajar dengan pantas semasa bermain?
Terdapat beberapa kemahiran mental, sosial dan fizikal yang anak anda boleh pelajari melalui permainan yang mereka main. Permainan-permainan ini boleh memberi kesan yang baik terhadap kebolehan anak anda untuk menyerap konsep-konsep atau asas-asas ketika mereka sedang belajar di sekolah.
Perkara pokok di sini ialah biarkan anak-anak anda mencipta penemuan mereka sendiri. Semasa proses bermain ini , secara tak langsung mereka akan menemui cara untuk menyelesaikan masalah (problem solving), mengembangkan kebolehan kemahiran motor(motor skill), menemui kebolehan , dan mempelajari konsep sebab dan akibat(cause and effect). Dalam proses ini juga mereka akan mempelajari sesuatu dengan bebas(berdikari).
Semua berpunca daripada kepala
Perempuan mendapat keputusan yang lebih baik di sekolah kerana struktur otak mereka berbeza. Dekan Merangkap
Pensyarah Kanan di Universiti Kolej Help , Kenneth Phun berkata pelajar lelaki dan perempuan mempunyai struktur otak yang berbeza.
Phun berkata perbezaan ini perlu dilihat pada bahagian otak yang dikenali sebagai corpus calossum.
“saraf di sini bertindak sebagai lebuhraya di antara bahagian kiri dan kanan otak. Ianya mengawal kedua hemisfera otak dan membantu pergerakan fizikal dan maklumat di dalam otak
“Pengkaji otak menemui bahagian corpus callossum adalah lebih tebal di dalam otak perempuan dan ini juga bermakana mereka mempunyai dalam membuat pelbagai tugas dalam satu masa (multi-tasking)
Terdapat juga satu bahagian yang dinamakan “arcuate fasciculus” iaitu saraf-saraf di dalam bahagian tengah sistem saraf.
“Saraf di bahagian ini menjadi matang lebih awal pada perempuna. Oleh itu kanak-kanak perempuan mempunyai kebolehan bercakap lebih awal berbanding kanak-kanak lelaki. Ini juga bermakna mereka dapat bercakap dalam bentuk ayat lebih awal daripada lelaki.
“Satu lagi bahagian yang bernama “Broca” juga didapati lebih aktif pada perempuan. Bahagian ini adalah fungsi motor yang mengawal percakapan dan memproses tatabahasa dan penghasilan perkataan.”
Bagi lelaki pula, bahagian kiri hemisfera otak pula lebih dominan.
Oleh itu mereka dapat menyelesaikan masalah yang lebih rumit. Oleh itu mereka lebih berkebolehan menyelesaikan masalah seperti membaca peta, membuat ukuran dan perkara mudah yang biasanya sukar dilakukan perempuan seperti meletakkan kenderaan di petak kenderaan.
Bagi perempuan, bahagian kiri hemisfera pula lebih memainkan peranan. “Ini membantu perempuan mendengar dan
berkomunikasi dengan lebih baik.Mereka juga dapat menguasai perkara-perkara yang berasaskan pertuturan iaitu pelajaran-pelajaran yang dipelajari di sekolah.”
Phun berkata lagi bahawa adalah penting untuk kita mengenali atau menyedari kepentingan kebolehan otak berdasarkan jantina dalam proses pembelajaran anak-anak.
Cara Atasi Masalah Kurang Penumpuan ketika Belajar
Ibu bapa dan pelajar-pelajar semua semua, tips ini saya dapati daripada ruangan Skor di Utusan Malaysia.
Seringkali apabila ketika kita belajar perasaan dan fikiran akan terfikirkan benda-benda lain hinggakan pelajaran atau buku yang sedang kita baca hilang entah ke mana.
Ini menyebabkan apa yang dipelajari atau diulangkaji sukar untuk kita mengingatinya. Oleh itu di bawah ini ada tip yang boleh diamalkan untuk mengatasi msalah kurang tumpuan ini
- Cuba paksakan jiwa kita agar fikiran dan minda menumpukan perhatian sepenuhnya kepada subjek-subjek yang sedang diulangkaji.
- Cuba cari tempat yang paling kurang gangguan untuk mengulangkaji atau belajar seperti bilik atau tempat-tempat yang sunyi tetapi selamat
- Belajar di tempat yang sunyi dan sesuai dijadikan tempat belajaar seperti di dalam bilik, perpustakaaan dan lain-lain lagi

- Sebelum belajar pastikan peralatan yang mencukupi telah disediakan seperti alatulis, nota-nota yang diperlukan atau bagi yang gemar menghirup minuman sediakan air terlebih dahulu sebelum memulakan pembelajaran jadi tumpuan anda tidak akan terganggu.
- Salah satu teknik yang baik bagi menghafal atau mengingati pelajaran yang diulangkaji ialah dengan ‘mind map’ atau pun peta minda.
- Jadual waktu belajar hendaklah disediakan atau dirancangkan daripada awal, misalnya 6 bulan lebih awal bagi memastikan pembelajaran tidak dilakukan tergesa-gesa atau ‘last minute study’ iaitu mengulangkaji hanya apabila peperiksaan sedang hampir.
- Pastikan perancangan jadual dipecahkan kepada perkara-perkara yang lebih kecil merangkumi topik dan subtopik.
- Melatih diri anda agar membuat satu perkara dalam satu masa agar tumpuan terjamin dan oleh itu perancangan belajar seperti di atas adalah amat penting.

- Pastikan anda bersiap sedia dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
- Sekiranya mengulangkaji atau berlatih menjawab contoh soalan peperiksaan ia mesti dihabiskan dengan sempurna baru beralih kepada topik matapelajaran atau kertas yang lain. Contohnya jika anda menjawab soalan-soalan kertas satu atau dua habiskan kesemua soalan-soalan yang perlu dijawab.
Sumber: Tip Belajar Cemerlang bersama Cikgu Amiza


