Tag Archive


activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah

Bagaimana Kaedah Mystar Dapat Mengurangkan Atau Mengatasi Masalah Kurang Tumpuan Ketika Belajar

calculator-kurang daya tumpuan guna mystar-aYang pertama sekali, Mystar pada keseluruhannya berkonsepkan pendidikan secara ‘output’. Di sekolah anak-anak kita belajar dengan konsep ‘input’.

‘Input’ bermakna anak-anak kita menerima atau menyerap apa yang diajarkan oleh cikgu di dalam kelas. Ini termasuklah mendengar, melihat membaca,menghafal,memahami,menulis nota-nota dan lain-lain lagi proses menyerap maklumat atau pelajaran yang diajarkan.

Selalunya tak semua yang diajarkan oleh cikgu dapat diingati atau difahamkan oleh pelajar-pelajar. Oleh itu pelajar-pelajar mesti membaca semula atau pun buat nota-nota ringkas sebaik sahaja sampai kat rumah. Perkataan lain ialah buat ulangkaji di rumah. Cara ini dapat memperkuatkan daya tumpuan pelajar-pelajar.

Ulangkaji juga adalah satu kaedah ‘input’ ketika belajar. Jika ada yang tak difahami anak-anak perlu tanya pada guru pada keesokan harinya.

Seterusnya ialah belajar denga cara ‘output’ iaitu menjawab soalan-soalan berkaitan topik yang dipelajari.

Proses belajar secara ‘input’ dan ‘output’ yang seimbang dan kerap boleh menjadikan daya ingatan anak-anak lebih kuat.

Sebab itulah di tadika-tadika Cina, murid-murid pada peringkat tadika lagi diberikan ‘homework’ setiap hari. Ia perlu disiapkan pada hari itu juga. Esoknya para guru di tadika akan memeriksa dan menanda homework yang diberi semalamnya.

Ini adalah berdasarkan pengalaman saya yang pernah menghantar anak belajar di sekolah tadika Cina. Setiap matapelajaran yang diajar pada hari itu ada homeworknya masing-masing.

Jadi, tak hairanlah pelajar-pelajar Cina di sekolah rendah jenis kebangsaan Cina selalu mendapat markah yang tinggi dan sering cemerlang di dalam pelajaran. Tradisi belajar kaedah ini diteruskan sehingga mereka ke universiti. Ibu bapa mereka juga rajin mencarikan buku-buku latihan untuk dijawab. Mereka juga sangat cenderung menghantar anak-anak ke tuisyen untuk belajar.

Jadi Mystar, berfungsi untuk menyeimbangkan pembelajaran ‘input’ dan ‘output’ untuk anak-anak kita. Mystar lebih menekankan kepada pembelajaran ‘output’. Sekiranya ada soalan-soalan yang tidak difahami oleh anak-anak mereka boleh menyalin soalan-soalan yang diberikan Mystar dan bertanyakan kepada guru matapelajaran.

Nota-nota ringkas juga telah disediakan di dalam portal untuk topik-topik subjek yang berkaitan.

Akhir sekali, Pastikan anak-anak anda mengulangkaji pelajaran dan pastikan anak-anak sentiasa berlatih menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh Mystar. Kaedah interaktif yang dibawa oleh Mystar A, B ,Mystar Tadika dan lain-lain modul yang menarik ini dapat menambah minat anak-anak atau para pelajar belajar dan seterusnya meningkatkan daya tumpuan dan mengatasi masalah kurang tumpuan ketika belajar

Kenapa langgan Mystar dan boleh jana untung?

1. Salah satu barangan atau produk yang sentiasa diperlukan oleh manusia tak kira   keadaan ekonomi samada baik atau pun meleset  ialah pendidikan. Pendidikan merupakan salah satu keperluan asasi manusia selain daripada makanan, pakaian, tempat tinggal dan kenderaan.

Oleh itu  tidak hairanlah peniagaan dan industri berasaskan pendidikan yang dijalankan di dalam negara  pula bernilai berbilion ringgit setiap tahun.

Tabungan yang dibuat oleh isirumah Malaysia pula meningkat setiap tahun. Ini dapat dilihat melalui ramalan tabungan pendidikan bagi tahun 2012 hingga 2015 yang dijalankan oleh Northern Lion Wealth Advisors.  Trend kenaikan jumlah isirumah yang menabung untuk pendidikan ini adalah seiring dengan tabungan yang dibuat oleh negara-negara maju yang lain seperti Australia, UK dan USA.

Mystar A dan B Facts

Ini juga bermakna sebahagian daripada pendapatan isirumah akan dibelanjakan bagi meningkatkan taraf pendidikan dan pencapaian pendidikan anak-anak di Malaysia.

Oleh itu , dengan menjadi business partner Mystar ataupun menjadi usahawan tidak ada ruginya. Anak-anak anda akan mendapat faedahnya dan anda juga boleh menambahkan pendapatan dengan memperkenalkan program ini kepada sahabat-handai dan kaum keluarga.

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012 – 975th Edition

Kelas Rancangan Khas (KRK) diwujudkan di sekolah menengah harian sebagai satu alternatif kepada murid-murid lepasan UPSR dari sekolah sekolah kerajaan yang mendapat keputusan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam kokurikulum tetapi tidak mendapat tempat di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kelas Rancangan Khas - KRKIni memandangkan tempat di SBP adalah amat terhad dan tidak dapat menampung kesemua murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR. Melalui Kelas Rancangan Khas @ KRK  ini adalah diharapkan kecemerlangan murid-murid ini akan dapat diteruskan serta dapat membawa iklim yang positif kepada warga sekolah demi menjayakan aspirasi kerajaan untuk membina modal insan berminda kelas pertama.

Syarat

  • Warganegara Malaysia
  • Murid Tahun Enam yang layak dan berminat dari Sekolah Kebangsaan Kementerian Pelajaran di negeri sekolah pemohon.
  • Mendapat sekurang-kurangnya 4A 1B dan lulus PAFA dalam UPSR 2011. (Sains dan Matematik mesti mendapat kelulusan A).

(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Kelas Rancangan Khas 2012 (237 words)


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab

Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 – 974th Edition

Semakan status keputusan permohonan kemasukan ke Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi sesi Disember 2011 sudah boleh dibuat mulai hari ini, 26 Oktober 2011.

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik

Semakan boleh dibuat di portal berikut:

Surat Tawaran

Semakan Keputusan Permohonan Politeknik Disember 2011

Calon yang berjaya mestilah mencetak Surat Pengesahan Tawaran dan Borang Jawapan Tawaran melalui laman web politeknik. Calon hendaklah menghantar segala dokumen yang diperlukan ke politeknik berkenaan. Setelah politeknik membuat semakan dan mendapati tiada percanggahan maklumat, surat tawaran rasmi beserta dengan dokumen pendaftaran akan diposkan kepada calon.

Pertukaran Program dan Politeknik

Mereka yang ingin memohon pertukaran program selain daripada kursus yang ditawarkan atau pertukaran ke politeknik yang berhampiran dengan rumah boleh membuat permohonan rayuan pertukaran melalui Bahagian Pengambilan Pelajar, Jabatan Pengajian Politeknik.

(…)
Baca sepenuhnya Keputusan Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi Disember 2011 (58 words)


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab

Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2012 – 973th Edition

Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan telah membuka permohonan memasuki IKBN di seluruh negara bagi pengambilan sesi Januari 2012.

IKBN

Pengambilan IKBN bagi sesi Januari diuruskan sendiri oleh Bahagian Pembangunan Kemahiran Kementerian Belia dan Sukan. Manakala bagi pengambilan sesi Julai dikendalikan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP), Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atau lebih dikenali sebagai UPU.

Permohonan adalah terbuka kepada semua belia Warganegara Malaysia yang berumur 18-30 tahun bagi mengikuti Latihan Kemahiran peringkat sijil (SKM) Tahap 1 hingga 5, Persijilan JKKP dan Persijilan Suruhanjaya Tenaga (ST) di Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Konsep Latihan

Konsep latihan di IKBN adalah berbentuk latihan bersepadu dengan pelaksanaan pendekatannya merangkumi latihan kemahiran (teori dan praktikal), keusahawanan, ketatanegaraan, kepimpinan, keagamaan / moral, sukan/rekreasi dan khidmat masyarakat.

(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Kemasukan Ke IKBN Sesi Januari 2012 (494 words)


© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |

Post tags: , , , , ,


By Azhad Nilam
Yaab