Tag Archive
activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah
Keputusan Permohonan Biasiswa Politeknik JPA 2011 – 972th Edition
Para pelajar Politeknik yang ada membuat permohonan biasiswa di bawah Program Diploma Politeknik 2011 sudah boleh menyemak keputusannya. Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ini boleh disemak mulai 14 Oktober 2011 pukul 5.00 petang.
Semakan Keputusan Permohonan Biasiswa JPA Politeknik
Semakan boleh dibuat seperti berikut;
- Di laman web eSila atau terus ke pautan Semakan Keputusan Program Biasiswa Persekutuan Politeknik 2011.
- Semakan juga boleh dibuat melalui sms, caranya taip JPA POLI No.KP (Contoh: JPA POLI 900701085984) dan hantar kepada 15888.
Maklumat
Sila hubungi talian telefon 03 8885 3049 jika ada sebarang pertanyaan berkenaan biasiswa ini. Pada kebiasaannya semua calon yang berjaya akan menerima surat tawaran melalui Bahagian Hal Ehwal Pelajar politeknik masing-masing.
© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |
Post tags: biasiswa JPA, biasiswa JPA Politeknik, biasiswa politeknik, jpa politeknik, keputusan permohonan
By Azhad Nilam
Yaab
Garis Panduan Semakan & Penawaran PIDN 2011 – 971th Edition
Keputusan permohonan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Program Ijazah Dalam Negara PIDN bagi tahun 2011 telah diumumkan pada 30 September 2011 yang lalu.
Susulan dari itu Bahagian Pembangunan Modal Insan, JPA telah mengeluarkan satu garis panduan penggunaan sistem semakan dan penawaran atas talian untuk PIDN tahun 2011 bagi membantu mereka yang ada memohon dan mendapat tawaran biasiswa JPA PIDN ini.
Garis Panduan PIDN 2011
Berikut adalah garis panduan tersebut;
- Semua pemohon boleh menyemak keputusan permohonan PIDN Tahun 2011 melalui laman web eSILA bermula pada 5 Oktober 2011 sehingga 15 Oktober 2011.
- Calon-calon yang berjaya perlu memuat turun Surat Tawaran dan Borang Setuju Terima sebelum tarikh tutup pada 15 Oktober 2011.
- Mulai 16 hingga 21 Oktober 2011, calon-calon yang berjaya dikehendaki mengemaskini maklumat penjamin di laman web eSILA untuk tujuan memuat turun dokumen perjanjian. Dokumen-dokumen yang telah lengkap diisi perlu dihantar ke Bahagian Hal Ehwal Pelajar institusi pengajian masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2011.
- Capaian ke atas modul ePenawaran (di laman web eSILA) mulai 16 – 21 Oktober 2011 adalah mengikut jadual Universiti yang ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) seperti di bawah:-
(…)
Baca sepenuhnya Garis Panduan Semakan & Penawaran PIDN 2011 (230 words)
© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |
Post tags: biasiswa JPA, garis panduan JPA, garis panduan penawaran, penawaran biasiswa JPA, pidn 2011, semakan biasiswa JPA
By Azhad Nilam
Yaab
Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2012 – 970th Edition
Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia (ILJTM) ditubuhkan bertujuan menyediakan dan melaksanakan program latihan kemahiran pra-pekerjaan bagi memenuhi keperluan sektor perindustrian negara. Objektif utama ILJTM adalah untuk melahirkan tenaga manusia yang optimum melalui program latihan kemahiran perindustrian.
ILJTM terdiri daripada:
- 22 buah Institut Latihan Perindustrian (ILP) yang menawarkan program peringkat sijil dan sijil lanjutan
- 4 buah Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) yang menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan
- Sebuah Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) yang juga menawarkan program peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan.
Pengambilan Baru ILJTM
Pengambilan ke ILJTM dibuat 2 kali setahun iaitu pada bulan Januari dan bulan Julai setiap tahun. Iklan akan dikeluarkan pada bulan Mac dan September. Bagi sesi kemasukan Januari permohonan adalah secara Aplikasi Dalam Talian (online) di laman web JTM dan bagi kemasukan Julai di laman web UPU, Jabatan Pengajian Tinggi
(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2012 (207 words)
© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |
Post tags: kemasukan ILJTM, permohonan ADTEC, permohonan ILP, permohonan JMTI, sesi januari
By Azhad Nilam
Yaab
Permohonan Kemasukan Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012 – 969th Edition
Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi telah membuka permohonan kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi program pengajian Sarjana Perubatan sesi akademik 2012/2013 mulai 26 September 2011.

Permohonan hanya terbuka kepada Pegawai Perubatan Kementerian Kesihata Malaysia (KKM) yang telah memohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) kepada Bahagian Pengurusan Latihan, KKM melalui pengumuman tawaran yang telah dikeluarkan terdahulu.
IPTA yang terlibat dalam penyelarasan pengambilan ini ialah Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan International Islamic University Malaysia (UIAM).
Permohonan
- Permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Sarjana Perubatan ini dilaksanakan sepenuhnya melalui Aplikasi Dalam Talian (On Line Application) di Permohonan Kemasukan ke IPTA Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012/2013.
(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Kemasukan Program Pengajian Sarjana Perubatan 2012 (389 words)
© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
Tiada komen |
Post tags: kemasukan ipta, kementerian kesihatan, permohonan kemasukan, permohonan sarjana perubatan, sarjana perubatan
By Azhad Nilam
Yaab
Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Januari 2012 – 968th Edition
Permohonan ke KPM, KKTM, IKM, GMI, UniKL dan KPTM Sesi Januari 2012
Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2012. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- German Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Sila rujuk iklan permohonan untuk menyemak tawaran kursus dan program pengajian yang disediakan.
(…)
Baca sepenuhnya Permohonan Ke Institut Pendidikan MARA IPMa Sesi Januari 2012 (389 words)
© Nilam for ePutra, 2011. |
Permalink |
5 komen |
Post tags: german malaysian intitute, gmi, institut pendidikan mara, ipma, januari 2012, kolej kemahiran tinggi mara, kolej poly-tech mara, kolej profesional mara, KPM KKTM, kptm, UniKL, universiti kuala lumpur
By Azhad Nilam
Yaab





