Tag Archive
activities belajar child childre educational english fokus gigih ibu bapa ilmu inggeris kaedah kaunseling kecemerlangan kertas learning mendidik Motivasi mystar Mystar-A Mystar-B nota pelajar pelajaran pembelajaran pendidikan peperiksaan peperiksaan SPM perbincangan percubaan pmr psikologi pelajar pusat ramalan sejarah soalan soalan-soalan spm tips tuisyen tuition tumpuan upsr usaha usrah
Tahniah Kepada Encik Yahya Bin Zainal Abidin – 482th Edition
Tahniah Kepada YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad – 481th Edition
Tahniah Kepada YH Dato Haji Mazlan bin Mohamad,
Pelantikan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi – 480th Edition
Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Selamat Menduduki Peperiksaan, Pelajar Matrikulasi, khususnya Kolej Matrikulasi Teknikal Pahang, yang Mengikuti blog Dunia Cikgu Kaunseling ini. Tinggal 2 paper saja lagi, Teknikal dan Kimia.
Artikel DCK sebelum ini,
Cara bertenang Sebelum Peperiksaan, klik di sini.
Selamat maju jaya. Wassalam.
Jerawat? Oh, tidak, – 479th Edition
Jerawat adalah masalah anak muda tetapi ia juga melibatkan orang dewasa. Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Petua dan cara menghilangkan jerawat dan mengurangkan masalah darinya.
- Bahan paling mudah untuk mengeringkan jerawat adalah krim yang mengandungi Benzoyl peroxida. Dalam kepekatan 5 atau 10 peratus ia mengering dan memudahkan sumbatan liang minyak tanggal. Kesannya boleh dilihat dalam tempoh empat hinga enam bulan.
- Basuh kulit setiap hari tapi jangan terlalu kasar atau kerap.
- Gunakan pencuci kulit muka yang lembut dan air. Pencuci yang mengandungi granule boleh juga digunakan.
- Cuba elakkan sauna muka kerana ia mungkin menjadikan jerawat bertambah teruk.
- Jaga pemakanan anda. Elakkan makanan yang mungkin membuat jerawat lebih teruk. Setiap orang mempunyai alahan kepada jenis makanan yang berlainan dari orang lain.
- Dapatkan rehat yang cukup kerana jerawat mungkin timbul dari perasaan tertekan, ber masalah dan badan yang letih.
- Memakai pakaian bersenam atau harian yang longgar. Memakai pakaian ketat, tudung atau headband ketat dari kain yang tidak meresap peluh menambahkan pengeluaran minyak dan risiko jerawat dari kulit berminyak.
- Pilih fesyen rambut yang tidak terlalu menutup wajah dan jaga rambut supaya tidak berminyak yang biasanya datang dari kulit kepala yang kuat berpeluh. Penggunaan bahan penjagaan rambut berminyak harus dielak. Ikat rambut ketika tidur supaya tidak menutup muka.
- Guna mekap muka berasaskan air. Beli mekap yang “noncomedogenic” atau “nonacnegenic”.
- Basuh mekap sebelum tidur. Jangan terlalu banyak menggunakan pelembab kulit muka terutamanya waktu malam.
- Elak cahaya ultra ungu matahari atau lampu. Pendedahan yang melampau atau lama merosakkan kulit dan lapisan kulit akan menjadi tua premature dan menutup liang sebum.
- Jangan picit jerawat kerana ia akan menambahkan radang pada kulit dan kulit akan menjadi berlubang dan berparut.
- Liang yang tersumbat harus dibuka.
Ini boleh dilakukan menggunakan produk jerawat yang membuang lapisan atas kulit seperti asid glycolic (alpha hydroxy acid-AHA, poly hydroxy acid-PHA), asid salisilik, benzoyl peroxide atau retinoic acid dalam bentuk cream, lotion atau cecair. Selain menghilangkan jerawat baru, penggunaan berterusan boleh juga menghilangkan parut jerawat.
- Mengurangkan jangkitan bakteria.
Menggunakan ubat antibiotik “oral” seperti tetracycline, erythromycin boleh dimulakan jika rawatan awal untuk jerawat tidak berkesan. Antibiotik dalam bentuk krim seperti clindamycin dan lain-lain boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat yang baru jika tidak mahu menggunakan ubat antibiotik “oral”.
- Mengurangkan aktiviti kelenjar minyak.
Ia boleh juga dilakukan untuk merawat jerawat. Ubat yang biasa digunakan adalah seperti estrogen dan isotretinoin.
Blog DCK Sedang Dikemaskini – 478th Edition
Blog DCK Sedang Dikemaskini
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Penulis blog Dunia Cikgu Kaunseling, memohon maaf kerana blog ini ada sedikit masalah pada themes.
Blog DCK (Dunia Cikgu Kaunseling) Sedang Dikemaskini. Segala kesulitan, sangat dikesali.
Sekian, wassalam




